Halaman

Recipe

Bebek Bertutu



Betutu lauk yang diperbuat dari itik atau ayam yang keseluruhannya mengandungi rempah, kemudian dipanggang dalam api sekam. Betutu ini telah dikenali di seluruh daerah di Bali dan ia merupakan masakan indonesia.

Bahan-bahan
1 ekor itik@ ayam
18 ulas bawang merah, hiris
6 ulas bawang putih, hiris
3 btg serai, hiris halus
5 helai daun limau, hiris halus
6 biji buah keras dicincang
5 cm halia dicincang
8 cm kunyit dicincang
8 cm cekur putih dicincang
1 sudu teh lada hitam, tumbuk
5 biji cili padi merah, hiris
1 sudu teh ketumbar, tumbuk
2 sudu teh belacan, bakar, tumbuk
1 ½ sudu garam
3 sudu besar minyak
daun pisang untuk membungkus

Cara memasak 
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga rata.

Sapukan campuran bahan pada bahagian luar bebek kemudian masukkan selebihnya ke bahagian dalam bebek.

Sematkan bahagian-bahagian bebek yang terbuka dengan pencucuk sate bagi menutupi ruang yang terbuka dan perapkan.

Balut bebek dengan beberapa lapis daun pisang dan kukus selama 50 minit.

Masukkan bebek ke dalam ketuhar,panggang dengan suhu 350 darjah C selama 30 minit. Buka daun pisang,potong-potong daging bebek, dan hidangkan.


Sate Lilit


Sate Lilit merupakan salah satu menu khas dari Bali yang sangat di sukai orang ramai kerana memiliki keunikan dan kelazatan tersendiri. Salah satu keunikan dari sate ini adalah tidak menggunakan lidi sebagai pencucuk satenya kerana menggunakan batang serai. 


Bahan-bahan
125 gm isi ikan dihalus 
125 gm isi udang 
60 gm kelapa yang agak muda – diparut 
3 helai daun limau purut 
5 biji cili padi 
1 biji telur yang kecil 
1 sudu kecil air limau nipis 
2 sudu besar minyak untuk menumis 
10 batang serai 
4 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
2 cm kunyit hidup 
1 cm halia 
3 biji buah keras 
½ sudu kecil lada hitam 
1 sudu kecil ketumbar – disangai 
2 sudu gula merah 
Garam secukup rasa 


Cara Memasak

Daun limau purut dan cili padi dihiris halus. 

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi, angkat dan campurkan dengan isi ikan, udang, kelapa parut, daun limau purut, cili padi, air limau, telur dan garam gaul sehingga rata. 

Ambil satu sudu besar adunan lalu ratakan pada pangkal serai dan bentuk lonjong. 

Panggang sate lilit atas bara api atau atas pembakar gril hingga kekuningan, angkat dan hidangkan. 



Myanmar Pickled Tea Salad
(kerabu acar daun teh Myanmar)


Bahan - Bahan
½ Bungkus Pickled Tea
3-4 ulas bawang merah (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 kuntum bunga kantan (hiris nipis)
4 biji cili padi (hiris nipis)
1 cawan kacang tanah (goreng garing dengan minyak)
½ cawan ikan bilis (kopek dan goreng garing)
sedikit kobis (hiris nipis)
1 biji carrot (potong halus)
½ biji timun (potong halus)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 potong ikan tongkol rebus (ambil isinya saja)
3 sudu besar minyak masak bekas gorengan ikan bilis tadi garam, gula dan ajinamoto secukup rasa

Cara Memasak
Sediakan kesemua bahan-bahan yang perlu dihiris/sagat dan masukkan ke dalam satu bekas/besen. 
Campurkan dengan kacang dan ikan bilis yang telah digoreng garing.
Masukkan isi ikan diikuti pula dengan bahan-bahan dari bungkusan Pickled Tea. (guna setengah sahaja.. (sebungkus boleh buat dua kali hidangan).
Perahkan jus limau nipis, minyak masak dan campurkan garam, gula dan ajinomoto secukupnya. (garam jangan letak banyak).
Akhir sekali bahan-bahan tersebut hendaklah digaul rata menggunakan tangan terutama sekali acar daun teh tadi yang perlu diratakan sebab acar daun teh tadi teksturnya agak kelat, jadi haruslah gaul hingga rata dengan tangan. 
Bila acar daun teh agak rata. Sambung gaul rata dengan senduk dan rasakan biar secukup rasa. Jika perlu tambah jus limau atau garam ikut citarasa sendiri. 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan